Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Per$ada Kata~
 
 


~ Selayang Pandang: Menteri Pendidikan Malaysia~
~ Setitis Tinta : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ~
~ Sentuhan Wacana : Pengarah Pendidikan Negeri Selangor~
~ Tautan Tinta : Tuan Pengetua Kisas ~
~ Sekalung Bicara : Yang Dipertua PIBG~
~ Sekalung Bicara : Guru Penasihat Restu~
~ Gugusan Minda : Ketua Umum~
~ Sekapur Sirih : Ketua Pengarang Restu.~

 

~ Setiti Tinta : Menteri Pendidikan Malaysia
Pendidikan adalah satu proses yang berlangsung setiap detik dan masa serta berlaku dalam semua keadaan. Proses pendidikan bukan sahaja berlaku dalam bilik darjah, tetapi di mana sahaja pelajar itu berada. Ketika proses tersebut berlangsung, penerapan pelbagai aspek nilai-nilai murni turut berlaku dan mendapat keutamaan sewajarnya. Berbagai-bagai strategi dibina untuk memenuhi keperluan matlamat tersebut, sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini tidak pernah berubah sejak dari mula lagi, malah pendekatan dan metodologinya sering diperkemaskan, supaya objektif dan matlamat lebih mudah tercapai.

Cabaran utama dalam sistem pendidikan kita adalah untuk menentukan kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, pemikiran-pemikiran yang strategik dan pendekatan yang praktikal perlu diusahakan untuk mencapai matlamat mencemerlangkan pendidikan di semua peringkat. Dalam suasana yang semakin mencabar ini, semua warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Kita perlu keluar daripada kepompong lama dan melihat perspektif baru dengan objektif dan pengharapan baru yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan pendidikan.

Saya berdoa agar semua warga SBP dapat terus berganding bahu dan melangkah sederap dalam mengharungi cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan, sama ada cabaran akademik, cabaran sahsiah atau sebagainya. Jadikanlah pendidikan sebagai usaha setiap saat sehingga ke akhir hayat untuk membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Semoga Allah s.w.t. akan sentiasa memberkati segala usaha yang kita lakukan.

Selamat Maju Jaya.

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD
Menteri Pendikan Malaysia

 
~ 1 2 3 4 5 6 7 8 ~