Jom buat hits kat res2crew!! Site stat


~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu The Making 01~

Pada peringkat awal , kami telah banyak mengadakan perjumpaan antara sesama ahli bagi merangka pembikinan majalah yang akan diterbitkan . Ketika ini , kami tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk kerja-kerja ini . Namun , hal ini bukanlah alasan untuk kami menghasilkan majalah yang terbaik dalam sejarah KISAS .
Tanggal 15 Mei merupakan tarikh yang bermakna buat kami kerana permohonan kami untuk menggunakan Bilik Simulasi Bahasa Melayu sebagai pusat kerja kami telah diluluskan . Kelulusan ini telah menaikkan semangat kami
untuk melakukan kerja dengan lebih
bersungguh-sungguh dan berkualiti .
Proses pengumpulan dan penyampaian maklumat membabitkan beberapa perisian yang ‘sofisticated’ . Hal ini bukanlah masalah yang besar bagi kami kerana kami mempunyai editor yang mahir menggunakan perisian tersebut . Kami menggunakan perisian terkini , iaitu ‘Macromedia Fireworks 4’ , ‘Adobe Pagemaker 7.0’ sebagai sokongan grafik dan ‘Adobe Illustrator’ .
Memandangkan beberapa masalah dan juga kekangan masa , pihak RESTU 2001 telah mengadakan sesi penggambaran selama sehari suntuk . Sesi penggambaran yang telah dijalankan ini bertitik-tolak kepada beberapa pembatalan sesi penggambaran yang telah dirancang sebelum ini . Alhamdulillah , sesi penggambaran ini berjalan lancar walaupun wujud beberapa masalah seperti kekurangan jurufoto .
Walaupun demam peperiksaan melanda seluruh warga KISAS , namun semua AJK RESTU 2001 masih giat menjalankan proses penerbitan majalah ini . Kami mengambil inisiatif untuk mengadakan pembahagian tugas mengikut syif bagi memastikan semua AJK RESTU 2001 dapat mengulangkaji pelajaran dan seterusnya
mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi .
Di samping itu , kami turut mengambil langkah untuk mengimbas gambar-gambar dengan menggunakan ‘scanner’ berjenama ‘Hewlett Packard’. Kemudian, gambar itupun telah kami edit dan kami telah menambahkan rencah-rencah supaya gambar-gambar itu kelihatan menarik untuk tatapan pembaca.
Setelah siap kerja mengedit gambar-gambar ,
penyusunan muka surat mula dilakukan . Kami telah
menggunakan lebih 10 buah komputer di Makmal Bestari KISAS . Kami menghabiskan masa lebih lima jam sehari menggunakan komputer untuk menyiapkan RESTU . Setelah itu kami telah menyiapkan prototaip RESTU dengan menggunakan HP Laser Jet .

Akhirnya, segala penat lelah dan usaha kami terbalas juga apabila majalah Restu berjaya kami siapkan pada waktu yang ditetapkan. Penghasilan
majalah yang terbaik dalam sejarah Kisas ini memberi kami kepuasan berbaloi dengan segala pengorbanan yang telah kami curahkan.