Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan taufik Hidayah-Nya, wadah rasmi warga
Kolej Islam Sultan Alam Shah telah berjaya diterbitkan buat
kali yang ke-35. Kami Sidang Redaksi Majalah RESTU 2001 ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat terutamanya
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Selangor
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Tan Sri Dato Dr. Abdullah
Ayub
(YDP Lembaga Tadbir Kolej)
Tuan Haji Ismail@Muda
(YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG Kolej)
Barisan Pentadbir Kolej
Semua Guru Penasihat RESTU 2001
Semua Kakitangan Akademik KISAS
Kelab Sains Komputer KISAS
Multimedia Unit (MMU) KISAS
Pihak Pengawal Keselamatan
Semua Pelajar Putera dan Puteri KISAS
Staf-staf Sokongan
Tidak ketinggalan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembikinan majalah
RESTU 2001. Segala pendapat, cetusan minda, idea dan sumbangan
tenaga yang telah diberikan dan dicurahkan adalah amat dihargai.
Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat
balasan yang setimpal dari Allah Yang Maha Esa.
|