~Restu The Making 01~
|
Pada
peringkat awal , kami telah banyak mengadakan perjumpaan antara
sesama ahli bagi merangka pembikinan majalah yang akan diterbitkan
. Ketika ini , kami tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk
kerja-kerja ini . Namun , hal ini bukanlah alasan untuk kami
menghasilkan majalah yang terbaik dalam sejarah KISAS . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanggal
15 Mei merupakan tarikh yang bermakna buat kami kerana permohonan
kami untuk menggunakan Bilik Simulasi Bahasa Melayu sebagai
pusat kerja kami telah diluluskan . Kelulusan ini telah menaikkan
semangat kami
untuk melakukan kerja dengan lebih
bersungguh-sungguh dan berkualiti . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Proses
pengumpulan dan penyampaian maklumat membabitkan beberapa perisian
yang sofisticated . Hal ini bukanlah masalah yang
besar bagi kami kerana kami mempunyai editor yang mahir menggunakan
perisian tersebut . Kami menggunakan perisian terkini , iaitu
Macromedia Fireworks 4 , Adobe Pagemaker 7.0
sebagai sokongan grafik dan Adobe Illustrator . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan
beberapa masalah dan juga kekangan masa , pihak RESTU 2001 telah
mengadakan sesi penggambaran selama sehari suntuk . Sesi penggambaran
yang telah dijalankan ini bertitik-tolak kepada beberapa pembatalan
sesi penggambaran yang telah dirancang sebelum ini . Alhamdulillah
, sesi penggambaran ini berjalan lancar walaupun wujud beberapa
masalah seperti kekurangan jurufoto . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun demam
peperiksaan melanda seluruh warga KISAS , namun semua AJK RESTU
2001 masih giat menjalankan proses penerbitan majalah ini .
Kami mengambil inisiatif untuk mengadakan pembahagian tugas
mengikut syif bagi memastikan semua AJK RESTU 2001 dapat mengulangkaji
pelajaran dan seterusnya
mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi . |
|
|
|
|
|
|
|
|
Di samping itu , kami turut mengambil langkah untuk mengimbas
gambar-gambar dengan menggunakan scanner berjenama
Hewlett Packard. Kemudian, gambar itupun telah kami
edit dan kami telah menambahkan rencah-rencah supaya gambar-gambar
itu kelihatan menarik untuk tatapan pembaca. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah
siap kerja mengedit gambar-gambar ,
penyusunan muka surat mula dilakukan . Kami telah
menggunakan lebih 10 buah komputer di Makmal Bestari KISAS .
Kami menghabiskan masa lebih lima jam sehari menggunakan komputer
untuk menyiapkan RESTU . Setelah itu kami telah menyiapkan prototaip
RESTU dengan menggunakan HP Laser Jet . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya, segala penat lelah dan usaha kami terbalas juga apabila
majalah Restu berjaya kami siapkan pada waktu yang ditetapkan.
Penghasilan
majalah yang terbaik dalam sejarah Kisas ini memberi kami kepuasan
berbaloi dengan segala pengorbanan yang telah kami curahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|