Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Inspirasi Seni: Manis 01~

~Be thankful for what you have~
~Just For You~
~Exams~
~A poem about our world~
~Being a student~
~Fight~
~Seloka 6A1~
~Muzakkir~
~Beringat~

~A sons's prayer~
~Pasrah~
~Sekadar Bicara~
~Anthem for the year 01~
~Memori seorang guru~
~Monolog nurani~
~Jundi~
~College Life~
~Best2best gak~
MEMORI SEORANG GURU

Merdeka ! Jeritan itulah berkumandang di setiap pelosok sekolahku menandakan peperiksaan SPM telah tamat. Seronoknya tidak terkira. Aku sendiri merasakan diriku bebas daripada belenggu buku pelajaran yang memeningkan kepala. Aku mula memikirkan apakah rancanganku semasa cuti nanti. Aku berkira-kira untuk bekerja, bukan apa niatku cuma ingin mencari duit poket. Lalu, aku meminta izin dari ibuku dengan syarat, aku tidak boleh mencari selain guru. Alamak! Aku sebenarnya tidak ada minat dengan profesion perguruan .
Oleh sebab terlalu bosan dengan cuti panjang, aku akhirnya mengambil keputusam menjadi guru agama di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, Shah Alam .Itupun dengan bantuan ibu saudaraku. Lagipun, itu adalah tempat lamaku, tempatku menuntut ilmu semasa kecil dahulu.
Tugasku bermula pada hari Ahad kerana aku dikehendaki melaporkan diri di sekolah. Pada mulanya, aku berasa malu kerana kebanyakan guru-guru di situ adalah guruku suatu ketika dahulu. Aku agak terkejut kerana aku diamanahkan menjadi guru kelas tahun dua sesi pagi. Sudahlah begitu, kelasku adalah yang terbaik seluruh tahun dua. Betapa gementarnya apabila membayangkan bagaimana aku mahu menghadapi semuanya nanti. Pada hari tersebut aku diberi buku resit bayaran yuran buku kedatangan, dan buku rancangan mengajar. Ah! Aku berdebar-debar menunggu hari esok .
Hari pendaftaran, aku rasa gementar, terpaksa juga melayan kerenah ibubapa dan anak muridku pada hari pertama persekolahan ini. Antara yang memeningkan kepalaku ialah terdapat ibubapa yang ingin anak mereka duduk di hadapan. Katanya, anak mereka rabun, perlu diberi perhatian lebih dan sebagainya . Sebagai jalan penyelesaian, aku memberi jaminan kepada ibu bapa murid-muridku yang aku akan memberikan perhatian yang sama rata kepada semua. Alhamdulillah mereka semua faham.ham. Kalau tidak habislah aku !
Hari seterusnya aku lalui dengan penuh keseronokan. Walaupun kadangkala aku berasa tertekan dengan kerja yang banyak. Namun apabila aku menetap wajah comel anak didikku, semuanya hilang begitu sahaja malah aku merasa terhibur de-ngan gelagat mereka .
Aku juga tertekan ditugaskan mengajar tiga kelas bergilir, iaitu kelasku sendiri dan dua kelas lain bagi pelajaran Tauhid, Khat dan Al-Quran. Baru aku tahu bukan senang menjadi seorang guru. Kerja yang tidak selesai terpaksa aku bawa pulang ke rumah. Pada mesyuarat guru-guru , dengan tidak semena-mena, aku dilantik menjadi guru perpustakaan.

Lagi sekali aku terkejut. Terasa diriku tidak sanggup memikul tugas yang besar itu. Dorongan kuat daripada rakan setugas menguatkan semangatku. Aku berazam untuk melakukan yang terbaik .
Bulan berganti bulan ... sehingga tiba bulan Mei itu , pada tarikh keramat 16 MEI 2000 , buat pertama kalinya aku diraikan sebagai seorang guru. Aku berasa begitu terharu dengan penghargaan daripada murid-muridku . Bahananya, aku terpaksa meminta pertolongan rakanku untuk membawa hadiah pulang . Tebal mukaku apabila membawa hadiah dalam dua beg kertas yang tidak kurang
besarnya . Lebih-lebih lagi, aku menaiki bas .
Keputusan peperiksaan aku sudah ketahui. Walaupun mendapat agregat 1 , aku kurang berpuas hati dengan prestasiku berbanding peperiksaan percubaan

 

 

 


dahulu. Walau bagaimanapun, aku redha dengan keputusan tersebut . Aku sedar aku perlu meneruskan pelajaranku dan secara tidak langsung, aku perlu meninggalkan profesion perguruanku dan anak-anak murid yang aku sayangi. Seperti pelajar lain, aku turut mengisi borang kemasukan ke IPT. Sebagai alternatif, aku telah memohon untuk memasuki Tingkatan Enam di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Mungkin tiada rezeki, aku tidak berjaya dalam permohonanku ke IPT .

Satu hari , sedang aku sibuk menyiapkan buku persediaan mengajar, ibuku memberi sepucuk surat yang diterimanya pagi itu. Aku membukanya dan aku mendapati, ia adalah surat tawaran belajar di Tingkatan Enam di KISAS. Aku berasa amat gembira dan setelah kufikirkan sedalam-dalamnya, aku mengambil keputusan untuk menerimanya .
Berat hatiku untuk memberitahu murid-muridku yang aku akan berhenti mengajar mereka untuk menyambung pelajaranku. Namun, kususun kata-kata yang baik dan kuterangkan kepada mereka akan hasratku. Dapat kulihat wajah-wajah muram dan kelihatan titisan air jernih di kelopak mata mereka. Aku turut merasa sedih, namun pembelajaran diteruskan seperti biasa .
Hari terakhir aku di sekolah, terasa kesedihan menyelubungi diriku. Satu jamuan kecil diadakan dan aku sempat bergambar dengan mereka . Setiap murid kupeluk erat ... dan terasa sayu sekali. Mereka menemaniku sehingga ke bilik guru . Aku dalam keharuan, tetapi bersikap seperti biasa walaupun pada hakikatnya, hatiku begitu berat untuk meninggalkan tempat yang begitu banyak berjasa kepadaku. Tapi , demi cita-cita ... aku redha .
Kini, aku terus di sini, di KISAS yang kusayangi. Tempat yang memberiku 1001 pengalaman suka-duka. Perjuanganku masih belum selesai. STPM yang bakal kuhadapi,kuharapkan menghadiahkan aku keputusan yang cemerlang. Semoga usahaku tidak sia-sia. Semoga impianku menjadi nyata, 4 PRINSIPAL A . INSYA-ALLAH .