Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Inspirasi Seni: Manis 01~

~Be thankful for what you have~
~Just For You~
~Exams~
~A poem about our world~
~Being a student~
~Fight~
~Seloka 6A1~
~Muzakkir~
~Beringat~

~A sons's prayer~
~Pasrah~
~Sekadar Bicara~
~Anthem for the year 01~
~Memori seorang guru~
~Monolog nurani~
~Jundi~
~College Life~
~Best2best gak~
PASRAH

Perasaan Man berkecamuk. Berjuta persoalan berlegar-legar di fikirannya. Pandang ke kiri tiada mempesonakan, malah amat membosan-kan. Tiada apa lagi yang boleh dibanggakan, cuma dinding papan yang telah melewati separuh abad masih belum dijamah anai-anai. Pandang ke kanan pula tiada yang memikat hati. Semuanya kaku dan mencengkam perasaan yang sedang kusut ini.
STPM semakin hampir. Apabila teringatkan peperiksaan yang bakal ditempuhi November nanti, hatinya semakin takut dan bimbang. Keraguan juga yang menemani di sudut ingatannya ketika itu. Sesekali Man ingin lari dari kenyataan yang dihadapi kini. Man ingin melupakan semuanya ini. Man tidak mahu peduli lagi pada kerja di kandang lembu, Man tak mahu tolong lagi kerjakan kebun getah peninggalan ayahnya. Ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Biar adik Nizam dan adik Yati yang menolong ibu melakukan semua ini. Man nak ambil periksa. Man sudah cukup menyesal selama ini kerana terlalu banyak masa dibazirkan semata-mata menolong kerja-kerja ibu. Man sudah lupa bahawa menolong orang meringankan beban orang lain adalah satu tanggungjawab yang diberi ganjaran pahala pastinya daripada Allah yang Maha Pengasih.Apatah lagi kebajikan seorang anak terhadap seorang ibu kandung, Man lupa dengan keegoannya sendiri.
Man amat menyesal, sudah lima bulan Man ketinggalan. Segala perancangan Man nak “study hard” terbengkalai dek terlalu banyak menolong ibu. Man geram, semua kerja Man kena buat. Pulang dari sekolah, Man terpaksa uruskan ternakan Ibu. Pepagi buta lagi sebelum ke sekolah, Man terpaksa meredah hutan getah menolong ibu menoreh. Inilah rutin hidup Man yang di-rasakan mengganggu tugas-tugasnya sebagai seorang pelajar.
Man sudah jemu dengan ternakan lembu. Man menyampah nak menyembah pokok-pokok getah pepagi buta lagi. Semuanya ini menggugat prosedur yang telah disediakan olehnya sejak awal tahun lagi. Man tak tahan lagi kalau hari-hari macam ini. Alamatnya gagallah dia nanti. Tentu malu besar pada teman-teman “study
group”nya.Kalau setakat pada Ita, tidaklah menjadi masalah sangat tetapi kalau pada Fikri, Man amat takut. Man malu, dulu dia pernah mencabar Fikri. Apa kata kalau Fikri menyahut cabarannya kini. Bagaimana kalau Fikri ke Universiti sedangkan Man gagal.Inilah yang paling meracuni fikirannya. Macam tak ada kepala rasanya Man ketika itu.
Bayu malam menembusi ma-suk melalui celah-celah dinding. Din-dingnya meresap ke tubuh kecil Man. Selimut di hujung kakinya ditarik menu-tupi seluruh badannya.Lega sedikit. Em-bun jantan sudah menitik di cucur atap tetapi matanya masih tak mahu lelap. Entah sudah berapa jam Man melayani perasaannya sendiri di tengah kepekatan malam itu yang cuma diterangi oleh se-batang lilin. Itupun dah tamat riwayatnya.
Kedinginan malam menjadikan Man semakin lemas dan hampir tengge-lam dengan persoalannya sendiri . “Cita-cita mesti dicapai , impian mesti terlak-sana , tapi bagaimana kalau-kalau beban ini terpaksa kupikul berpanjangan . Te-rpaksa aku tanggung berterusan ……” . Man berperang dengan perasaannya .

 

“Ibu , bukan Man tak saya-ngkan ibu, tapi……. Man masih be-lajar…… sedangkan Man tak banyak masa lagi. Kalau sehari suntuk Man ha-biskan waktu dengan mengambil alih tugas ibu macam mana Man nak lulus periksa nanti…..!
“Man tak ambil tugas ibu……. Man cuma bantu”, kata ibu. “ Bantu? Ibu kata.……..!? Tapi Man yang rugi. Ibu memang sengaja menyusahkan dan menghalang cita-cita Man. Man malu ibu…….malu! Ujian bulan lepas Man tak dapat markah terbaik, semuanya ini kerana ibu……..”
Terngiang-ngiang lagi dialog yang diucapkan kepada ibunya petang tadi. Entah kenapa bila teringatkan pe-ristiwa itu…… mengapa kalimah itu di-lontarkan dari mulutnya. Man jadi serba salah. Rasa menyesal yang bukan dibuat-buat. Kesal Man bertambah apabila me-lihat ibunya tak semena-mena mengesat air mata selepas ungkapan itu terbit dari bibirnya. Man sedar hati ibunya sudah terguris, barangkali telah berdarah. Oh! Tuhan………. Ampunkanlah aku.
“ Tapi suara hatiku dan ibu patut faham!” Man menenteramkan jiwanya yang sekian lama parah dengan peperangan dan konflik yang berpanjangan. Bagaimana dengan aku? Tiba-tiba soalan itu menerpa ke kepalanya . Serentak itu Man bangun dan menyandarkan badannya di sisi katil. Mengertikah aku dengan keadaan ibu sekarang? Fahamkah aku dengan perasaanya? Berulang-ulang kali soalan itu mendera-nya.Man memeluk lutut. Kesal….. sedih….. nafas dihelanya.
Penyesalan dan rasa berdosa me-mukulnya bertalu-talu. Melukakan hati seorang ibu yang tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat apatah lagi untuk menderanya menye-babkan Man insaf. Kalau boleh ketika itu juga Man ingin mencium tangan ibunya dan kalau boleh Man sanggup sujud di kaki ibunya.Bagi Man, dia telah melukakan hati seorang ibu yang baik, bermakna dia sendiri telah menem-pah sebuah pintu neraka. Tentu azabnya amat perit. Man tak mahu jadi anak derhaka, anak yang dikutuk tuhan.
Kedinginan sepertiga malam menjadikan suasana semakin pilu. Terkenang Man sebuah dosa yang ditempahnya sendiri dengan keegoan semata-mata. Dia sedar kini dialah pengganti dan penyambung warisan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. Apalah erti kejayaan baginya kalau dia tetap dicap anak derhaka. Apalah etinya kemewahan kalau hidup sentiasa mendapat kutukan tuhan dan berbalut dosa setiap waktu . Dengan kecucuran air mata keinsafan dan taubat, Man bermunajat panjang, memohon kejayaan untuknya dan rakan-rakanya yang bakal menghadapi STPM November nanti. Dengan rasa taqwa yang mendalam, Man pasrahkan segalanya.
Man semakin yakin esok subuh pasti datang. “ Ku panjatkan harapan di awan impian…….STPM 2001”.