Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Laporan Khas : Luqbah Taqlidiah 01~
Buat kali kedua dalam sejarah KISAS, Lu’bah Taqlidiyah - suatu aktiviti yang menjadi tali penghubung ikatan antara guru dan pelajar telah diadakan pada 19 Oktober bertempat di padang besar kolej. Semua warga Kolej Islam Sultan Alam Shah termasuk staf-staf sokongan terlibat dalam aktiviti tersebut. Antara permainan tradisional yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah sepak raga bulatan, baling tin, galah panjang, congkak, teng-teng


dan sebagainya.Namun, aktiviti pada hari tersebut tidak terhad kepada bidang sukan sahaja. Bagi yang tidak terlibat dengan permainan, mereka terlibat pula dalam penyediaan makanan. Guru-guru dan para pelajar berganding bahu memanggang ayam, ikan dan menanak nasi walaupun di bawah panas matahari. Pada hari tersebut, hubungan antara guru dan pelajar jelas kelihatan. Lebih menarik lagi apabila tuan pengetua juga turut menyertai dalam aktiviti tersebut. Beliau telah membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kita bergiat aktif. Pada hari tersebut tuan pengetua telah memberi saingan hebat kepada peserta lain yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar yang jauh lebih muda daripada beliau. Setelah penat bermain, para guru dan pelajar menjamu selera dengan makanan yang dimasak sendiri. Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 4.30 petang. Walaupun hari tersebut merupakan hari yang meletihkan, namun ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada perhubungan antara para guru, pelajar dan juga staf sokongan .


~Links
~ Hari Sukan ~
~ Malam Patriotisme ~
~ Digital Exploration ~
~ Manis 2001 ~
~ Nadwah2001 ~
~ Luqbah Taqlidiah ~
~ Malam Restu ~
~ Hari Guru ~
~ M. Pentauliahan Kp~
~Wawancara Khas~