Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Laporan Khas : Nadwah Kepemimpinan Isalam 01~
Detik bersejarah tanggal 9 September 2001 menjadi satu kebanggan apabila sekali lagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah bagi program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah Berasrama Penuh . Setelah hampir dua tahun menunggu , akhirnya KISAS berjaya meletakkan tanah bumi waqafan sebagai medan paling ideal dalam melebarkan dakwah-dakwah kepimpinan Islam .

Kira-kira tujuh hari sebelum program ini bermula , Pengetua Kolej , Tuan Haji Abdullah bin Hussain , guru-guru dan sebahagian pelajar yang terlibat sebagai AJK Nadwah telah giat mengadakan segala persiapan samada dari segi penginapan , pendaftaran , makanan , aktiviti modul dan sebagainya . Bagi menjamin kelancaran program Nadwah yang dijalankan , para-pelajar telah dibenarkan pulang sehari sebelum cuti pertengahan penggal bermula .

Bertiraikan pembangunan yang semakin hebat , KISAS menyambut megah para peserta Nadwah pada jam 2.00 petang , 9 September 2001 . Para peserta yang tardiri daripada pelajar-pelajar SBP seluruh Malaysia telah ditempatkan di Aspura dan Aspuri KISAS . Program Nadwah bermula dengan sesi pendaftran para peserta sebaik sahaja perserta tiba.

Sepanjang lima hari bernadwah di Bumi Waqafan , para peserta telah disajikan dengan pelbagai aktiviti yang beroreintasikan ke arah kepemimpinan Islam . Antaranya termasuklan sesi ceramah oleh penceramah-penceramah berkaliber , aktiviti-aktiviti dalam
kumpulan , lawatan , Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam dan sebagainya . Apa yang menarik pada Nadwah kali ini, para peserta telah diasingkan diantara Putera dan Puteri dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) . KISAS dikatakan telah memecah tradisi kerana sebelum ini aktiviti yang mengasingkan golongan Adam dan Hawa tidak pernah lagi dijalankan dalam mana-mana Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh sebelum ini .

Alhamdulillah , kerana segala aktiviti Nadwah dapat berjalan lancar walaupun terdapat beberapa masalah dari segi pengurusan makanan , namun program dapat diteruskan .

Rata-rata para peserta menyatakan rasa puas hati mereka pada Nadwah kali ini . Mudah-mudahan , objektif Nadwah dalam mendidik dan melahirkan pemimpin yang berlandaskan kepada syariat Islam dapat direalisasikan .

Sesungguhnya , Nadwah Kepemimpinan Islam kali ini telah meninggalkan banyak kenangan manis serta pahit kepada para peserta dan warga Bumi Waqafan sendiri .


~Links
~ Hari Sukan ~
~ Malam Patriotisme ~
~ Digital Exploration ~
~ Manis 2001 ~
~ Nadwah2001 ~
~ Luqbah Taqlidiah ~
~ Malam Restu ~
~ Hari Guru ~
~ M. Pentauliahan Kp~
~Wawancara Khas~