Terima kasih saya ucapkan
kepada Sidang Redaksi Majalah Restu kerana memberi ruang kepada
saya untuk merakamkan sepatah dua bicara untuk tatapan bersama.
Dalam rangka memartabatkan KISAS agar lebih
cemerlang, warga KISAS sewajibnya berusaha dengan penuh kegigihan
secara amal jamie tanpa mempersoal batasan waktu dan
tenaga. Semangat serta hasrat untuk melihat KISAS berada di
tempat yang selayaknya dapat dibuktikan dengan amalan serta
tindakan semerta, bukannya sekadar bicara yang muluk-muluk
tanpa tindakan. Sesungguhnya, terlalu banyak kerja buat
yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan misi dan visi
yang dimpikan.
Pihak Kolej telah berbelanja besar untuk menyempurnakan
program serta projek yang melibatkan manfaat umum. Setiap
kelas telah dibekalkan dengan OHP dan skrin, kamus bahasa
Melayu, Arab dan Inggeris. Landskap yang menarik, pondok bacaan
dan taman (pergola dan gazebo), mesin penyejuk air (water
cooler), menaiktarafkan maktabah, Bilik Tayangan Utama, turut
diadakan. Mudah-mudahan iklim Kolej yang kondusif, ceria serta
sejuk mata memandang ini menambahlancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Rakaman ucapan terima kasih kepada seluruh
warga KISAS, para guru, staf sokongan serta para pelajar yang
telah berjaya membentuk citra Kolej pada alaf baru ini. Tidak
lupa juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengambil
cakna perkembangan serta kemajuan Kolej. Saya yakin sokongan
semua pihak ini akan menjadikan KISAS sebagai bench-mark
kepada sekolah-sekolah lain pada masa akan datang. Insya-Allah.
Seterusnya, sama-samalah kita berdoa ke hadrat
Ilahi agar para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM
serta STPM tahun ini akan memperoleh kejayaan yang paling
cemerlang. Insya-Allah.
BERSAMA MEMARTABATKAN KISAS
BERJIHAD KE ARAH KECEMERLANGAN
Sekian, wassalam.
Pengetua
Kolej Islam Sultan Alam Shah
|