Site stat


~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Per$ada Kata~
 
 


~ Selayang Pandang: Menteri Pendidikan Malaysia~
~ Setitis Tinta : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ~
~ Sentuhan Wacana : Pengarah Pendidikan Negeri Selangor~
~ Tautan Tinta : Tuan Pengetua Kisas ~
~ Sekalung Bicara : Yang Dipertua PIBG~
~ Sekalung Bicara : Guru Penasihat Restu~
~ Gugusan Minda : Ketua Umum~
~ Sekapur Sirih : Ketua Pengarang Restu.~

 

~ Sekalung Bicara : Yang Dipertua PIBG~
Assalamualaikum w.b.t.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berpeluang menulis beberapa catatan untuk majalah RESTU KISAS 2001.

Sebagai lepasan pelajar kolej ini, dan mempunyai beberapa orang anak yang pernah dan sedang belajar di kolej ini, saya selalu melihat perkembangan majalah RESTU ini dan membandingkannya dengan terbitan pada tahun-tahun awal 1970-an. Saya bersyukur majalah RESTU masih terus hidup walaupun dari segi wajah dan isi agak berbeza sedikit dengan terbitan 30 tahun yang lalu . Apa yang penting ialah majalah RESTU menjadi wadah membekalkan maklumat-maklumat penting mengenai prestasi akademik KISAS, aktiviti-aktiviti pelajarnya ,interaksi guru dengan pelajar dan lain-lain lagi. Majalah RESTU adalah media perantara di antara pentadbiran KISAS dan ibu bapa pelajar , guru-guru, dan pelajar-pelajar. Majalah RESTU merakamkan gambar-gambar, catatan-catatan perjalanan KISAS , guru-guru dan pelajar-pelajarnya dan menjadi rujukan dan nostalgia indah apabila kita sudah tidak lagi belajar atau bertugas di KISAS . Saya berharap pelajar-pelajar KISAS terus berjaya dan mengekalkan rekod terbaik KISAS di dalam bidang akademik dan kokurikulum , berakhlak mulia ,dedikasi dan sanggup menempuh gelombang kehidupan dengan hati yang cekal dan bersemangat waja . Tuntutlah ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Kejayaan tidak datang kepada kita dengan hamparan permaidani yang indah. Ia memerlukan keiltizaman perjuangan yang bersungguh-sungguh dan berterusan .

Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada sidang redaksi majalah RESTU Kolej Islam Sultan Alam Shah 2001 kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini seperti tahun-tahun yang lalu malahan lebih baik lagi. Selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar KISAS dan kejayaan anda dalam bidang akademik membolehkan anda menabur bakti kepada agama ,bangsa dan negara pada masa hadapan .

Sekian , terima kasih.
Wassalam.

PROF. ISMAIL BIN ABDUL RAHMAN
YDP PIBG,
Kolej Islam Sultan Alam Shah.

 
~ 1 2 3 4 5 6 7 8 ~