Site stat


~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Per$ada Kata~
 
 



~ Selayang Pandang: Menteri Pendidikan Malaysia~
~ Setitis Tinta : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ~
~ Sentuhan Wacana : Pengarah Pendidikan Negeri Selangor~
~ Tautan Tinta : Tuan Pengetua Kisas ~
~ Sekalung Bicara : Yang Dipertua PIBG~
~ Sekalung Bicara : Guru Penasihat Restu~
~ Gugusan Minda : Ketua Umum~
~ Sekapur Sirih : Ketua Pengarang Restu.~

 

~ Sentuhan Wacana: Pengarah Pend. Negeri Selangor~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin serta inayah-Nya saya berkesempatan menulis sepatah dua kata dalam majalah “RESTU” Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) edisi tahun 2001 ini. Dengan penuh kesyukuran juga saya mengucapkan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana berjaya mengurus dan mengelolakan penerbitan kali ini. Ucapan tahniah seterusnya diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran untuk membantu Sidang Redaksi menerbitkan sebuah majalah yang akan menjadi kebanggaan seluruh warga KISAS.

Saya percaya, kejayaan menerbitkan majalah “RESTU” ini adalah satu kejayaan yang telah ditempa oleh warga KISAS, selain daripada pelbagai kejayaan cemerlang yang telah dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, sama ada di peringkat daerah, mahu pun di peringkat negeri dan kebangsaan. Semua kejayaan ini, termasuklah kejayaan menjuarai Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2001, membuktikan wujudnya semangat juang yang tinggi dan komitmen untuk mencapai kecemerlangan di kalangan guru dan pelajar KISAS. Usaha yang berterusan untuk mengukuhkan lagi semangat dan komitmen tersebut pastilah akan menghasilkan lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Di samping berusaha mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang dalam pelbagai aktiviti yang diceburi, pelajar-pelajar KISAS bertanggungjawab pula membuktikan bahawa ketekunan dan kegigihan berusaha untuk mencapai kejayaan itu tidak bertentangan dengan agama Islam, malah suatu tuntutan yang diamanahkan kepada semua umat Islam. Pelajar-pelajar KISAS juga bertanggungjawab membuktikan bahawa setiap usaha yang berteraskan prinsip-prinsip Islam yang sebenarnya tidak akan gagal atau menjadi sia-sia. Sekurang-kurangnya usaha-usaha yang berterusan yang berteraskan prinsip-prinsip Islam itu tetap akan memberi kemenangan dalam bentuk kepuasan rohani dan keteguhan Iman.

Saya berharap, usaha menerbitkan majalah RESTU ini akan diteruskan, bukan sahaja untuk mempertingkat dan menyemarakkan imej KISAS sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang cemerlang, tetapi juga untuk menjelmakan hakikat Islam dalam mengejar kegemilangan di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

(RUSLI BIN RASHIKIN)
Pengarah Pendidikan
Negeri Selangor Darul Ehsan.

 
~ 1 2 3 4 5 6 7 8 ~