"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat
mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat:
Ayat 63)
Merdeka ! Jeritan itulah berkumandang di setiap pelosok
sekolahku menandakan peperiksaan SPM telah tamat. Seronoknya
tidak terkira. Aku sendiri merasakan diriku bebas daripada
belenggu buku pelajaran yang memeningkan kepala. Aku mula
memikirkan apakah rancanganku semasa cuti nanti. Aku berkira-kira
untuk bekerja, bukan apa niatku cuma ingin mencari duit
poket. Lalu, aku meminta izin dari ibuku dengan syarat,
aku tidak boleh mencari selain guru. Alamak! Aku sebenarnya
tidak ada minat dengan profesion perguruan .
Oleh sebab terlalu bosan dengan cuti panjang, aku akhirnya
mengambil keputusam menjadi guru agama di Sekolah Rendah
Agama Seksyen 3, Shah Alam .Itupun dengan bantuan ibu
saudaraku. Lagipun, itu adalah tempat lamaku, tempatku
menuntut ilmu semasa kecil dahulu.
Tugasku bermula pada hari Ahad kerana aku dikehendaki
melaporkan diri di sekolah. Pada mulanya, aku berasa malu
kerana kebanyakan guru-guru di situ adalah guruku suatu
ketika dahulu. Aku agak terkejut kerana aku diamanahkan
menjadi guru kelas tahun dua sesi pagi. Sudahlah begitu,
kelasku adalah yang terbaik seluruh tahun dua. Betapa
gementarnya apabila membayangkan bagaimana aku mahu menghadapi
semuanya nanti. Pada hari tersebut aku diberi buku resit
bayaran yuran buku kedatangan, dan buku rancangan mengajar.
Ah! Aku berdebar-debar menunggu hari esok .
Hari pendaftaran, aku rasa gementar, terpaksa juga melayan
kerenah ibubapa dan anak muridku pada hari pertama persekolahan
ini. Antara yang memeningkan kepalaku ialah terdapat ibubapa
yang ingin anak mereka duduk di hadapan. Katanya, anak
mereka rabun, perlu diberi perhatian lebih dan sebagainya
. Sebagai jalan penyelesaian, aku memberi jaminan kepada
ibu bapa murid-muridku yang aku akan memberikan perhatian
yang sama rata kepada semua. Alhamdulillah mereka semua
faham.ham. Kalau tidak habislah aku !
Hari seterusnya aku lalui dengan penuh keseronokan. Walaupun
kadangkala aku berasa tertekan dengan kerja yang banyak.
Namun apabila aku menetap wajah comel anak didikku, semuanya
hilang begitu sahaja malah aku merasa terhibur de-ngan
gelagat mereka .
Aku juga tertekan ditugaskan mengajar tiga kelas bergilir,
iaitu kelasku sendiri dan dua kelas lain bagi pelajaran
Tauhid, Khat dan Al-Quran. Baru aku tahu bukan senang
menjadi seorang guru. Kerja yang tidak selesai terpaksa
aku bawa pulang ke rumah. Pada mesyuarat guru-guru , dengan
tidak semena-mena, aku dilantik menjadi guru perpustakaan.
Lagi sekali aku terkejut. Terasa diriku tidak sanggup
memikul tugas yang besar itu. Dorongan kuat daripada
rakan setugas menguatkan semangatku. Aku berazam untuk
melakukan yang terbaik .
Bulan berganti bulan ... sehingga tiba bulan Mei itu
, pada tarikh keramat 16 MEI 2000 , buat pertama kalinya
aku diraikan sebagai seorang guru. Aku berasa begitu
terharu dengan penghargaan daripada murid-muridku .
Bahananya, aku terpaksa meminta pertolongan rakanku
untuk membawa hadiah pulang . Tebal mukaku apabila membawa
hadiah dalam dua beg kertas yang tidak kurang
besarnya . Lebih-lebih lagi, aku menaiki bas .
Keputusan peperiksaan aku sudah ketahui. Walaupun mendapat
agregat 1 , aku kurang berpuas hati dengan prestasiku
berbanding peperiksaan percubaan
dahulu. Walau bagaimanapun, aku redha dengan keputusan
tersebut . Aku sedar aku perlu meneruskan pelajaranku
dan secara tidak langsung, aku perlu meninggalkan profesion
perguruanku dan anak-anak murid yang aku sayangi. Seperti
pelajar lain, aku turut mengisi borang kemasukan ke IPT.
Sebagai alternatif, aku telah memohon untuk memasuki Tingkatan
Enam di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Mungkin tiada rezeki,
aku tidak berjaya dalam permohonanku ke IPT .
Satu hari , sedang aku sibuk menyiapkan buku persediaan
mengajar, ibuku memberi sepucuk surat yang diterimanya
pagi itu. Aku membukanya dan aku mendapati, ia adalah
surat tawaran belajar di Tingkatan Enam di KISAS. Aku
berasa amat gembira dan setelah kufikirkan sedalam-dalamnya,
aku mengambil keputusan untuk menerimanya .
Berat hatiku untuk memberitahu murid-muridku yang aku
akan berhenti mengajar mereka untuk menyambung pelajaranku.
Namun, kususun kata-kata yang baik dan kuterangkan kepada
mereka akan hasratku. Dapat kulihat wajah-wajah muram
dan kelihatan titisan air jernih di kelopak mata mereka.
Aku turut merasa sedih, namun pembelajaran diteruskan
seperti biasa .
Hari terakhir aku di sekolah, terasa kesedihan menyelubungi
diriku. Satu jamuan kecil diadakan dan aku sempat bergambar
dengan mereka . Setiap murid kupeluk erat ... dan terasa
sayu sekali. Mereka menemaniku sehingga ke bilik guru
. Aku dalam keharuan, tetapi bersikap seperti biasa walaupun
pada hakikatnya, hatiku begitu berat untuk meninggalkan
tempat yang begitu banyak berjasa kepadaku. Tapi , demi
cita-cita ... aku redha .
Kini, aku terus di sini, di KISAS yang kusayangi. Tempat
yang memberiku 1001 pengalaman suka-duka. Perjuanganku
masih belum selesai. STPM yang bakal kuhadapi,kuharapkan
menghadiahkan aku keputusan yang cemerlang. Semoga usahaku
tidak sia-sia. Semoga impianku menjadi nyata, 4 PRINSIPAL
A . INSYA-ALLAH .