"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat
mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat:
Ayat 63)
Jam berdetik
di dinding menunjukkan pukul 9.30 pagi . Aku tekun menyiapkan
kerja Bahasa Inggeris . Suasana kelasku ketika itu sunyi
sepi lantaran cikgu semuanya bermesyuarat bersama pengetua
baru . Siapa tidak kenal pengetuaku , Ustaz Abdullah bin
Hussain seorang yang tekun , gigih berusaha dengan mottonya
Bersama memartabatkan KISAS
Sedang aku asyik membuat homework, aku terde-ngar
orang memberi salam , lalu memulakan tazkirah . Kita
hendaklah istiqamah dengan apa yang kita lakukan di KISAS
ini . Bla ... Bla ... Bla . Aku mengangkat mukaku
melihat muka muzakir itu . Argh!! bentak hatiku
...benci aku melihat orang yang memberi tazkirah itu .
Aku terus membuat kerja Bahasa Inggeris . Tiba-tiba ,
kita janganlah ego dan tidak mahu mendengar peringatan
kerana sesungguhnya kita adalah manusia yang sentiasa
lalai dan lupa. Telingaku semakin panas . Aku bingkas
bangun , lalu menyoal . Ana ada satu soalan , bagaimana
kalau kita pandai bercakap sahaja , tetapi aplikasinya
tidak ada? Muzakir itu tergamam dan tidak dapat
menjawab soalanku ..
Aku menggalas begku setelah jam menunjukkkan pukul 2.30
petang . Tiba-tiba , Mai menyapa bahuku , kenapa
kau tanya dia macam itu tadi ? Ah ... bukannya aku
tak tahu, dia tu orang sekampung aku. Cakap petah macam
ustaz tetapi di rumah....Kenapa? Malaslah
, nanti mengumpat pula . Aku meneruskan perjalananku
ke asrama. Tak baik salah sangka , kan dia saudara
seIslam kita .Yelah ... tapi aku tak sangka
budak KISAS keluar dengan budak perempuan ,aku menerangkan
kepada Mai . Mira , jangan buat tuduhan melulu....
Sudahlah ... malas aku nak layan kau .
Setiap kali apabila si muzakir itu memberikan tazkirah
, pasti aku akan memalingkan mukaku dan mendengar tazkirahnya
acuh tak acuh sahaja .Sudahlah tu Mira . Ambil sahaja
peringatannya, kita bukan tengok siapa yang beri , tetapi
ambil apa yang diberi ,ujar Emi . Entah mengapa
hatiku seakan benci muzakir itu dan
tidak dapat menerima tazkirah
yang diberikan .
Aku ke sekolah seperti biasa hari itu . Aku memberi tumpuan
sepenuhnya kepada pengajaran cikgu Nik Rukis. Baiklah
, saya mahu awak buat latihan 7D nombor 1 hingga 10,
Aku segera mengeluarkan buku latihan dari dalam meja .
Sehelai kertas terbang jatuh ke lantai . Aku mengutip
kertas itu . Diatasnya tertera :
Janganlah kita salah sangka antara sesama mukmin
, sesungguhnya salah sangka itu akan membawa kepada fitnah
dan ingatlah fitnah itu lebih teruk daripada membunuh...............
MUZAKIR
Aku menggetap bibirku . Hatiku tidak senang .Adakah
perempuan yang aku jumpa itu , adiknya ? . Tapi , muka
mereka jauh berbeza . Aku membiarkan persoalan
itu berlalu begitu sahaja . Selepas SPM ............
Aku sibuk mengemas bukuku .Hatiku riang sekali kerana
segala jerih-perih dan penat-lelahku telah aku luahkan
pada exam paper . Aku mengeluarkan semua buku
di bawah meja . Tiba-tiba , aku terpandang sebuah bungkusan
. Aku membuka bungkusan itu . Di dalamnya mengandungi
sehelai kain tudung berwarna hijau muda yang belum dijahit
dan sehelai kertas di mana tertera diatasnya :
Lembutmu tak bererti ,
Kau mudah dijual beli ,
Kau mampu menyaingi ,
Lelaki dalam berbakti
MUZAKIR
Diatas kertas itu juga , muzakir menerangkan bahawa
perempuan itu adalah adiknya ........ Aku tunduk malu
kerana cepat salah sangka terhadapnya
A
Sons Prayer
Now
I lay me down to sleep,
I pray my sanity to keep.
For if some peace I do not find,
Im pretty sure Ill lose my mind.
I pray I find a little quiet,
Far from the daily family riot.
May I lie back and not have to think
About what theyre stuffing down the sink,
I pray for time all to myself
To cuddle in my nice, soft bed
Some silent moments for goodness sake
And that I need not cook or clean
I pray my wits about me keep,
But as I look around I know,
I must have lost them long ago!