Perasaan Man
berkecamuk. Berjuta persoalan berlegar-legar di fikirannya.
Pandang ke kiri tiada mempesonakan, malah amat membosan-kan.
Tiada apa lagi yang boleh dibanggakan, cuma dinding papan
yang telah melewati separuh abad masih belum dijamah anai-anai.
Pandang ke kanan pula tiada yang memikat hati. Semuanya
kaku dan mencengkam perasaan yang sedang kusut ini.
STPM semakin hampir. Apabila teringatkan peperiksaan yang
bakal ditempuhi November nanti, hatinya semakin takut
dan bimbang. Keraguan juga yang menemani di sudut ingatannya
ketika itu. Sesekali Man ingin lari dari kenyataan yang
dihadapi kini. Man ingin melupakan semuanya ini. Man tidak
mahu peduli lagi pada kerja di kandang lembu, Man tak
mahu tolong lagi kerjakan kebun getah peninggalan ayahnya.
Ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
Biar adik Nizam dan adik Yati yang menolong ibu melakukan
semua ini. Man nak ambil periksa. Man sudah cukup menyesal
selama ini kerana terlalu banyak masa dibazirkan semata-mata
menolong kerja-kerja ibu. Man sudah lupa bahawa menolong
orang meringankan beban orang lain adalah satu tanggungjawab
yang diberi ganjaran pahala pastinya daripada Allah yang
Maha Pengasih.Apatah lagi kebajikan seorang anak terhadap
seorang ibu kandung, Man lupa dengan keegoannya sendiri.
Man amat menyesal, sudah lima bulan Man ketinggalan. Segala
perancangan Man nak study hard terbengkalai
dek terlalu banyak menolong ibu. Man geram, semua kerja
Man kena buat. Pulang dari sekolah, Man terpaksa uruskan
ternakan Ibu. Pepagi buta lagi sebelum ke sekolah, Man
terpaksa meredah hutan getah menolong ibu menoreh. Inilah
rutin hidup Man yang di-rasakan mengganggu tugas-tugasnya
sebagai seorang pelajar.
Man sudah jemu dengan ternakan lembu. Man menyampah nak
menyembah pokok-pokok getah pepagi buta lagi. Semuanya
ini menggugat prosedur yang telah disediakan olehnya sejak
awal tahun lagi. Man tak tahan lagi kalau hari-hari macam
ini. Alamatnya gagallah dia nanti. Tentu malu besar pada
teman-teman study
groupnya.Kalau setakat pada Ita, tidaklah menjadi
masalah sangat tetapi kalau pada Fikri, Man amat takut.
Man malu, dulu dia pernah mencabar Fikri. Apa kata kalau
Fikri menyahut cabarannya kini. Bagaimana kalau Fikri
ke Universiti sedangkan Man gagal.Inilah yang paling meracuni
fikirannya. Macam tak ada kepala rasanya Man ketika itu.
Bayu malam menembusi ma-suk melalui celah-celah dinding.
Din-dingnya meresap ke tubuh kecil Man. Selimut di hujung
kakinya ditarik menu-tupi seluruh badannya.Lega sedikit.
Em-bun jantan sudah menitik di cucur atap tetapi matanya
masih tak mahu lelap. Entah sudah berapa jam Man melayani
perasaannya sendiri di tengah kepekatan malam itu yang
cuma diterangi oleh se-batang lilin. Itupun dah tamat
riwayatnya.
Kedinginan malam menjadikan Man semakin lemas dan hampir
tengge-lam dengan persoalannya sendiri . Cita-cita
mesti dicapai , impian mesti terlak-sana , tapi bagaimana
kalau-kalau beban ini terpaksa kupikul berpanjangan .
Te-rpaksa aku tanggung berterusan
.
Man berperang dengan perasaannya .
|
Ibu , bukan Man tak
saya-ngkan ibu, tapi
. Man masih be-lajar
sedangkan Man tak banyak masa lagi. Kalau sehari suntuk
Man ha-biskan waktu dengan mengambil alih tugas ibu macam
mana Man nak lulus periksa nanti
..!
Man tak ambil tugas ibu
. Man cuma bantu,
kata ibu. Bantu? Ibu kata.
..!? Tapi
Man yang rugi. Ibu memang sengaja menyusahkan dan menghalang
cita-cita Man. Man malu ibu
.malu! Ujian bulan
lepas Man tak dapat markah terbaik, semuanya ini kerana
ibu
..
Terngiang-ngiang lagi dialog yang diucapkan kepada ibunya
petang tadi. Entah kenapa bila teringatkan pe-ristiwa
itu
mengapa kalimah itu di-lontarkan dari
mulutnya. Man jadi serba salah. Rasa menyesal yang bukan
dibuat-buat. Kesal Man bertambah apabila me-lihat ibunya
tak semena-mena mengesat air mata selepas ungkapan itu
terbit dari bibirnya. Man sedar hati ibunya sudah terguris,
barangkali telah berdarah. Oh! Tuhan
.
Ampunkanlah aku.
Tapi suara hatiku dan ibu patut faham! Man
menenteramkan jiwanya yang sekian lama parah dengan peperangan
dan konflik yang berpanjangan. Bagaimana dengan aku? Tiba-tiba
soalan itu menerpa ke kepalanya . Serentak itu Man bangun
dan menyandarkan badannya di sisi katil. Mengertikah aku
dengan keadaan ibu sekarang? Fahamkah aku dengan perasaanya?
Berulang-ulang kali soalan itu mendera-nya.Man memeluk
lutut. Kesal
.. sedih
.. nafas dihelanya.
Penyesalan dan rasa berdosa me-mukulnya bertalu-talu.
Melukakan hati seorang ibu yang tak pernah mengeluarkan
kata-kata kesat apatah lagi untuk menderanya menye-babkan
Man insaf. Kalau boleh ketika itu juga Man ingin mencium
tangan ibunya dan kalau boleh Man sanggup sujud di kaki
ibunya.Bagi Man, dia telah melukakan hati seorang ibu
yang baik, bermakna dia sendiri telah menem-pah sebuah
pintu neraka. Tentu azabnya amat perit. Man tak mahu jadi
anak derhaka, anak yang dikutuk tuhan.
Kedinginan sepertiga malam menjadikan suasana semakin
pilu. Terkenang Man sebuah dosa yang ditempahnya sendiri
dengan keegoan semata-mata. Dia sedar kini dialah pengganti
dan penyambung warisan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya.
Apalah erti kejayaan baginya kalau dia tetap dicap anak
derhaka. Apalah etinya kemewahan kalau hidup sentiasa
mendapat kutukan tuhan dan berbalut dosa setiap waktu
. Dengan kecucuran air mata keinsafan dan taubat, Man
bermunajat panjang, memohon kejayaan untuknya dan rakan-rakanya
yang bakal menghadapi STPM November nanti. Dengan rasa
taqwa yang mendalam, Man pasrahkan segalanya.
Man semakin yakin esok subuh pasti datang. Ku panjatkan
harapan di awan impian
.STPM 2001.
|