Pada 18 Mei 2001 Dewan Besar KISAS berseri-seri mengalu-alukan
kedatangan sambutan Hari Guru bagi sesi 2001. Acara dimulakan
dengan paluan kompang dari-pada pelajar putera meng-iringi
perarakan masuk guru-guru kolej ke dewan besar.
|
|
|
|
|
Majlis yang bertemakan Bersama Memartabatkan Profesion
Perguruan ini telah dipe-ngerusikan oleh Pn. Jamaliah
Sharif. Pelbagai acara yang menarik telah dilangsungkan
dan buat julung-julung kalinya kolej telah memberikan
pengiktirafan kepada guru-guru dengan mengadakan majlis
penganugerahan khas. Acara yang dimeriahkan oleh persembahan
pelajar-pelajar KISAS telah mendapat sambutan hangat.
Para guru KISAS yang berdedikasi juga telah mempersembahkan
bakat masing-masing menerusi acara lakonan, sajak dan
sebagainya. Apa yang lebih menarik lagi tuan pengetua
kolej sendiri, Ustaz Abdullah Hussain telah turut sama
menyampaikan persembahan.
Acara telah tamat
kira-kira jam 12:00 tengahari. Para guru telah dijemput
untuk menghadiri jamuan khas. Sambutan Hari Guru pada
tahun ini sememangnya mempunyai kelainan yang tersendiri.
Mudah-mudahan guru-guru kolej akan lebih berdedikasi
dalam memartabatkan profesion perguruan disamping menyinarkan
lagi nama KISAS dalam arena pendidikan.
|
|
|
|
|
|
|
|