Detik bersejarah tanggal 9 September 2001 menjadi satu
kebanggan apabila sekali lagi Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah
bagi program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah
Berasrama Penuh . Setelah hampir dua tahun menunggu ,
akhirnya KISAS berjaya meletakkan tanah bumi waqafan sebagai
medan paling ideal dalam melebarkan dakwah-dakwah kepimpinan
Islam .
|
|
|
|
|
Kira-kira tujuh hari sebelum program ini bermula , Pengetua
Kolej , Tuan Haji Abdullah bin Hussain , guru-guru dan
sebahagian pelajar yang terlibat sebagai AJK Nadwah telah
giat mengadakan segala persiapan samada dari segi penginapan
, pendaftaran , makanan , aktiviti modul dan sebagainya
. Bagi menjamin kelancaran program Nadwah yang dijalankan
, para-pelajar telah dibenarkan pulang sehari sebelum
cuti pertengahan penggal bermula .
Bertiraikan pembangunan yang semakin hebat , KISAS menyambut
megah para peserta Nadwah pada jam 2.00 petang , 9 September
2001 . Para peserta yang tardiri daripada pelajar-pelajar
SBP seluruh Malaysia telah ditempatkan di Aspura dan Aspuri
KISAS . Program Nadwah bermula dengan sesi pendaftran
para peserta sebaik sahaja perserta tiba.
Sepanjang lima hari bernadwah di Bumi Waqafan , para peserta
telah disajikan dengan pelbagai aktiviti yang beroreintasikan
ke arah kepemimpinan Islam . Antaranya termasuklan sesi
ceramah oleh penceramah-penceramah berkaliber , aktiviti-aktiviti
dalam
kumpulan , lawatan , Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam
dan sebagainya . Apa yang menarik pada Nadwah kali ini,
para peserta telah diasingkan diantara Putera dan Puteri
dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) . KISAS dikatakan
telah memecah tradisi kerana sebelum ini aktiviti yang
mengasingkan golongan Adam dan Hawa tidak pernah lagi
dijalankan dalam mana-mana Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah
Berasrama Penuh sebelum ini .
Alhamdulillah , kerana segala aktiviti Nadwah dapat berjalan
lancar walaupun terdapat beberapa masalah dari segi pengurusan
makanan , namun program dapat diteruskan .
Rata-rata para peserta menyatakan rasa puas hati mereka
pada Nadwah kali ini . Mudah-mudahan , objektif Nadwah
dalam mendidik dan melahirkan pemimpin yang berlandaskan
kepada syariat Islam dapat direalisasikan .
Sesungguhnya , Nadwah Kepemimpinan Islam kali ini telah
meninggalkan banyak kenangan manis serta pahit kepada
para peserta dan warga Bumi Waqafan sendiri .
|
|
|
|
|