Buat kali kedua dalam sejarah KISAS, Lubah Taqlidiyah
- suatu aktiviti yang menjadi tali penghubung ikatan antara
guru dan pelajar telah diadakan pada 19 Oktober bertempat
di padang besar kolej. Semua warga Kolej Islam Sultan
Alam Shah termasuk staf-staf sokongan terlibat dalam aktiviti
tersebut. Antara permainan tradisional yang dipertandingkan
pada hari tersebut ialah sepak raga bulatan, baling tin,
galah panjang, congkak, teng-teng
|
|
|
|
|
dan
sebagainya.Namun, aktiviti pada hari tersebut tidak terhad
kepada bidang sukan sahaja. Bagi yang tidak terlibat dengan
permainan, mereka terlibat pula dalam penyediaan makanan.
Guru-guru dan para pelajar berganding bahu memanggang
ayam, ikan dan menanak nasi walaupun di bawah panas matahari.
Pada hari tersebut, hubungan antara guru dan pelajar jelas
kelihatan. Lebih menarik lagi apabila tuan pengetua juga
turut menyertai dalam aktiviti tersebut. Beliau telah
membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kita bergiat
aktif. Pada hari tersebut tuan pengetua telah memberi
saingan hebat kepada peserta lain yang terdiri daripada
guru-guru dan pelajar-pelajar yang jauh lebih muda daripada
beliau. Setelah penat bermain, para guru dan pelajar menjamu
selera dengan makanan yang dimasak sendiri. Aktiviti tersebut
berakhir pada pukul 4.30 petang. Walaupun hari tersebut
merupakan hari yang meletihkan, namun ia telah meninggalkan
kesan yang mendalam kepada perhubungan antara para guru,
pelajar dan juga staf sokongan .
|
|
|
|
|