Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan kerjasama Badan Dakwah
dan Rohani (KISAS), dibawah kelolaan Biro Kebajikan dan
Keseniannya, sekali lagi telah menganjurkan suatu majlis
yang sangat istimewa yang dikenali sebagai ‘Malam
Anugerah
Inspirasi Seni’ (MANIS) pada 27 Julai 2001.
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menghargai
dan mencungkil bakat-bakat para pelajar KISAS disamping
mempamerkan kehebatan pelajar KISAS khususnya dalam bidang
nasyid.
Acara kemuncak pada malam tersebut ialah pertandingan
nasyid antara empat buah pasukan – Nida’ An-Nas,
Nida’ Az-Zakirin, Al-Mutawassitin , Insan Teruntung
-yang telah berjaya melayakkan diri keperingkat akhir
. Keempat-empat pasukan tersebut telah berjaya didalam
pertandingan peringkat kelayakan yang diadakan pada 14
Julai 2001 .
|
|
|
|
|
Majlis pertandingan ini telah diserikan lagi dengan persembahan
Kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi , iaitu Kumpulan
Saujana . Kumpulan Al-Mutawassitin – kumpulan tingkatan
lima – telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut
bagi kategori muslimin . Manakala Kumpulan Soutul Rahmah
, telah menjadi johan bagi kategori muslimat . Pertandingan
nasyid muslimat telah diadakan pada ‘Malam Digital-Exploration
Nite’. Unit Multimedia KISAS , yang amat berpengalaman
dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ,
sekali lagi telah mempamerkan persembahan Multimedia yang
begitu kreatif dan mengagumkan . Pengacara pada malam
tersebut , G-Samsoo , telah dijemput khas dari angkasa
raya (yang telah direka khas oleh Unit Multimedia KISAS)
, mempamerkan watak bertenaga yang mampu mencuit hati
para penonton .
Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan majlis penyampaian
hadiah yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Pelajar.
|
|
|
|
|