Site stat

~www.restu.com~

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

~Search Engine~



  Krew res2 masuk sini



  SignGuestbook
  Forum
  Res2 wargames
  Flash Games
 



  Cover page
  Sidang Redaksi
  Panorama Kisas
  Restu the making!
  Takwim Kisas 01
  Lencana Kisas
  Visi & Misi
  Sekapur Sireh
  Tunjang Waqafan
  Kontijen Kisas
  Laporan Gerko
  Laporan Khas
  Inspirasi Seni
  Fifth Former
  Upper Sixth Former
  Candid Res2
  Memori F4 & Lower 6
  Penghargaan



 

Hantar e-card


~ Sesiapa yg ada design sendiri boleh publish kat sini.



 
  Galeri gambar
  Kongsi gambar

 
 
  Alamat F5 & Gambar
  Winamp Skin ~ res2 cd


 
  www.kisas.com
  www.cari.com.my
  www.msn.com.my

 

~ Questions?Commnets?~ Send to xpseven@hotmail.com

Link res2

© 2002 xpSeven
~ www.res2crew.cjb.net ~

 
 · r e s t u . com
~Restu : Per$ada Kata~
 
 



~ Selayang Pandang: Menteri Pendidikan Malaysia~
~ Setitis Tinta : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ~
~ Sentuhan Wacana : Pengarah Pendidikan Negeri Selangor~
~ Tautan Tinta : Tuan Pengetua Kisas ~
~ Sekalung Bicara : Yang Dipertua PIBG~
~ Sekalung Bicara : Guru Penasihat Restu~
~ Gugusan Minda : Ketua Umum~
~ Sekapur Sirih : Ketua Pengarang Restu.~

 

~ Sekalung Bicara : Guru Penasihat Restu~
Alhamdulillah syukur kepada Allah Azzawajalla kerana dengan limpah keizinan-Nya, Majalah RESTU tahun 2001 dapat disempurnakan. Ucapan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi yang telah melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, iltizam, istiqamah dan kesabaran.

Pengalaman secara langsung Sidang Redaksi mengumpul, menyaring serta menyusun atur bahan-bahan bagi menerbitkan majalah ini akan menjadi pengalaman penting dalam proses mematangkan para pelajar. Pelajar bestari sewajarnya mempunyai kemahiran dalam semua aspek agar nilai dirinya berada ditempat yang tinggi dan mulia bagi menghadapi persaingan sihat dalam era dunia tanpa sempadan ini.

Bagi membina kegemilangan dalam semua aspek, baik di dunia dan akhirat, perubahan dalam diri tidak boleh di kesampingkan. Perubahan itu mestilah menjadikan ‘hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini’ berbekalkan nawaitu yang ikhlas dan tindakan yang selari dengan ajaran Ilahi dan tidak mencarikkan peraturan serta undang-undang negara. Saya yakin warga KISAS boleh menghadiahkan sesuatu yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.

Rakaman ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua yang memberikan nasihat serta pandangan yang berharga kepada Sidang Redaksi RESTU. Kepada para guru, staf sokongan dan seterusnya warga pelajar juga kalungan budi dihulurkan atas sokongan serta kerjasama sehingga majalah ini menjadi kenyataan. Sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Warga KISAS dalam afiat dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.

BERSAMA MEMARTABATKAN KISAS


ABDUL TALIB BIN HAMID
Guru Penasihat,
Sidang Redaksi RESTU 2001.

 
~ 1 2 3 4 5 6 7 8 ~